Thursday, May 22, 2008

Harga minyak dan subsidi

Harga minyak telah mencecah USD135 per barrel semalam 21/5/08, tetapi Kerajaan Malaysia sanggup mengekang harga minyak di Malaysia supaya kekal pada harga RM1.92 per litre..
Mengapakah Kerajaan sanggup mengekang harga minyak pada kadar tersebut walhal harga minyak telah melambung lebih daripada jangkaan awal iaitu USD 90 - 100 per barrel. Berapa banyakkah lagi subsidi yang perlu ditambah oleh kerajaan untuk ini? Mengapakah pada tahun 2007 kerajaan sanggup menaikkan harga minyak di Malaysia sebanyak 20 sen yang mana adalah kenaikan tertinggi dalam sejarah Malaysia? Begitu juga dengan TOL, Kerajaan sanggup menangguhkan kenaikan TOL pada Januari 2008 pada tarikh yang akan ditentukan kemudian. Mengapakah ini boleh berlaku?

Tahukah anda, sebelum pilihanraya PRU ke-12, iaitu sebelum 8 Mac 2008, Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang amat kuat dengan majoriti lebih 2/3. Pada ketika itu, kebanyakan keputusankabinet tidak mengambil kira kesusahan rakyat kerana pada pendapat mereka, rakyat akan tetap menyokong mereka pada pilihanraya seterusnya.. Tol pada Januari 2008 terpaksa ditangguhkan kenaikannya disebabkan oleh tempoh "kritikal" yang mana Pilihanraya yang ke-12 yang bakal berlangsung tidak berapa lama dari tarikh itu. Sebarang keputusan yang tidak mesra rakyat dan tidak popular akan ditangguhkan buat seketika.. mungkin semua telah dapat mengagak..
Manakala kenaikan harga minyak sanggup ditelan oleh Kerajaan semata-mata kerana takut berdepan dengan rakyat selepas menang tipis di dalam pilihanraya Mac 2008. Sebarang keputusan yang tidak popular pasti akan mengeruhkan lagi suasana dalam kerajaan hari ini.. Politik di Malaysia... banyak X-files nya...

No comments: