Read on:
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Mutakhir/20080727113207/Article
Gejala murtad tinggi - Harian Metro 27/7/08
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Gejala murtad di kalangan orang Melayu kini di tahap membimbangkan. Itu pendedahan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berdasarkan satu kajian Yadim berhubung isu murtad tahun lalu.
Menurut Mohd Nakhaie, meskipun kajian itu mendapati gejala murtad di kalangan saudara baru mencatat jumlah tertinggi, tetapi jumlah orang Melayu yang murtad juga membimbangkan.
“Walaupun kebanyakan orang yang murtad ini daripada saudara baru.. masuk agama Islam dan kemudian kembali ke agama asal, ada juga orang Melayu yang mula (memilih untuk murtad).
“Saya tak kata sedikit (jumlahnya), tetapi ia membimbangkan,” katanya yang tidak menyatakan jumlah orang Melayu yang murtad,” katanya.
|
Seminar itu turut mengundang wakil Nahrain Relief Foundation For Development Iraq, Dr Alla Makki untuk memberi gambaran sebenar keadaan di Iraq.
Dalam nada kesal, Mohd Nakhaie berkata, satu ketika dulu sukar melihat orang Melayu murtad kerana mereka masih sayang pada agama, tetapi hari ini situasinya berbeza.
“Dulu susah untuk lihat orang kita murtad. Walaupun orang (Islam) itu samseng, tapi kalau kita kata dia bukan Islam, dia (sampai ke tahap sanggup) tumbuk... dia marah walaupun dia samseng.
“Sekarang ini ada di kalangan terpelajar, penuntut universiti murtad (dan mereka) daripada kalangan orang Melayu,” katanya.
Pada Julai 2006, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, membuat kejutan apabila mendakwa 100,000 umat Islam di negara ini murtad.
Harussani dipetik sebagai berkata, jumlah terbabit diperoleh menerusi kajian sekumpulan Melayu profesional dan intelektual.
2 comments:
apa masalah? orang berilmu tahu Mohammad(pbuh) itu bohong. sebab itu mereka tak percaya. kenapa bimbang? the sky is not falling down. orang yang murtad orang baik sahaja.
Any prove?
Post a Comment